KATA - KATA HIKMAH

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).

Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).

Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.( Hamka ).

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).

Sabtu, 17 November 2012

Kem Pemantapan Kerohanian 2012

Kem Pemantapan Kerohanian SKTBR1 2012 anjuran Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah diadakan disebuah masjid Assalam di bukit sentosa. Antara murid-murid yang terlibat adalah murid tahun tiga, empat dan lima. Dibawah ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang dapat dirakamkan....

























Diharapkan program ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar khususnya dalam mengenal erti kehidupan yang semakin mencabar ini.