KATA - KATA HIKMAH

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).

Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).

Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.( Hamka ).

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).

Khamis, 3 Mei 2012

Kelebihan Ilmu


"Sabda Nabi saw, ”Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim.” (HR Ibnu Majah)

Firman Allah, " Katakanlah! Adakah sama antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu? ". (az.Zumar : 9)

Firman Allah, "Diangkat oleh Allah orang-orang yang berilmu daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat (darjat)". (al-Mujaadalah : 11)

Sabda Rasulullah saw maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mudahkan padanya jalan ke syurga." (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w yang bersabda ( ertinya ) : “ Sesiapa sahaja yang melalui satu jalan demi menuntut ilmu , maka Allah nanti akan melalukan ( mempermudahkan laluan orang itu ) ke syurga . Dan sesungguhnya para malaikat rh sentiasa membuka sayap-sayap mereka kerana mengharapkan keredhaan ( Allah ) kepada para penuntut ilmu . Dan sesungguhnya orang ‘alim itu , sentiasa akan diminta ampun untuknya oleh setiap makhluk yang berada di langit dan di bumi , hinggakan ikan-ikan di dalam air . Dan sesungguhnya kelebihan orang ‘alim di atas seorang ‘abid ( orang yang suka beramal – ibadat ) adalah seumpama kelebihan ( kedudukan ) bulan di atas segala planet . Sesungguhnya para ulama’ itu adalah para pewaris Para Nabi ( a.s ) . ( Dan ) sesungguhnya Para Nabi ( a.s ) tidak pernah mewariskan ( meninggalkan ) sebarang dinar ( duit emas ) ataupun dirham ( duit perak ) melainkan mereka semua hanya meninggal ilmu semata-mata . Maka sesiapa sahaja yang mengambil warisan ( daripada Para Nabi a.s itu ) , maka sesungguhnya dia benar-benar telah mengambil keuntungan yang terlalu besar". (HR Al-Imam at-Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim (berilmu) atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (HR Tirmidzi) 



sumber : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/04/cari-ilmu.html

Selasa, 3 April 2012

Tahniah....

Pada 29 Mac dan 2 April 2012, berlangsung di Pusat Kegiatan Guru Kalumpang, Majlis Tadarus al Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (Rendah) Peringkat Daerah Hulu Selangor. Perjalanan majlis pada keseluruhannya berjalan lancar. Walaubagaimanapun, acara penyampaian hadiah dan sijil tidak dapat dijalankan kerana kesuntukkan masa dan sebahagian besar peseta terutama sesi pagi telah pulang. Hadiah dan sijil akan di sampaikan pada masa lain yang difikirkan sesuai. Sebahagian besar guru pengiring berharap MTQ akan datang berjalan di peringkat zon dahulu untuk mengelakkan terlalu ramai peserta sekiranya terus ke peringkat daerah.

Secara keseluruhannya, segala program berjalan seperti yang dirancang. Hakim-hakim terlantik menjalankan tugas dengan penuh profesional.

Sukacitanya dimaklumkan, Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 telah memenangi dua pertandingan iaitu bercerita kisah Al-Quran tempat ketiga, manakala kumpulan nasyid Shaoutul Hidayah mendapat tempat Naib Johan. Kepada sekolah-sekolah yang akan mewakili daerah bagi setiap acara dan bahagian yang dipertandingan diucapkan syabas dan tahniah!. 
 
BERCERITA KISAH AL QURAN – PEREMPUAN
NAMA PEMENANG
SEKOLAH
MARKAH
KEDUDUKAN
AINNA HANIS BT HJ. HAMDAN
SK H. BERNAM
94 %
JOHAN
NUR HASYA AZRINA
SK SERENDAH
87 %
NAIB JOHAN
ANDI NURAIN NABILA
SK TMN BUNGA RAYA 1
87 %
KETIGA
NASYID RENDAH
NAMA PEMENANG
SEKOLAH
MARKAH
KEDUDUKAN
SOUTUL SYAKIRIN
SK BUKIT SENTOSA
89%
JOHAN
SHOUTUL HIDAYAH
SK TAMAN BUNGA RAYA 1
83%
NAIB JOHAN
 


Kem Bestari Solat Tahun 1 Siri 1/2012


Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran betapa pentingnya solat maka pihak Japim telah memasukkan satu modul Bestari  Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF.
Maka, di atas inisiatif ini, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat. Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat. 
Secara khususnya, program  ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid Muslim Tahun Satu dapat mengambil wudhu’ dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi perbuatan, perkataan, tertib, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di samping itu, melalui program ini juga diharap dapat membentuk sahsiah diri serta akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan para peserta kem.

OBJEKTIF
Ø  Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta bacaannya dengan betul dan sempurna.
Ø  Menguasai bentuk bacaan dan perbuatan di dalam solat dengan betul, tertib dan sempurna.
Ø  Merapatkan Ukhuwwah Islamiyah di kalangan pelajar dan guru.

Merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia