KATA - KATA HIKMAH

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).

Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).

Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.( Hamka ).

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).

Isnin, 14 Mei 2012

Betapa Malunya Kita Apabila..



Betapa Malunya Kita Apabila….
Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Baginda datang dengan penuh senyuman dan muka yang bersih di muka pintu kita. Apakah yang akan kita lakukan?


Semestinya kita akan sangat berbahagia memeluk baginda erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentu akan meminta dengan bersungguh-sungguh supaya baginda singgah beberapa hari di rumah kita. Baginda tentu tetap tersenyum…
Namun mungkin kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di hadapan pintu kerana kita teringatkan VCD rated XXX yang ada di ruang tamu dan dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu VCD itu ke dalam.
Baginda tentu tetap tersenyum…

….Atau kita teringat lukisan wanita separuh bogel yang kita pasang di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa menyembunyikannya dengan tergesa-gesa. Barangkali kita kelam-kabut memindahkan lafaz kalimah Allah dan Muhammad yang berhabuk ke ruang tamu kita ganti kepada gambar wanita separuh bogel yang telah kita susupkan.
Baginda tentu tetap tersenyum…

Bagaimana kalau Rasulullah bersetuju menginap di rumah kita? Barangkali kita teringat kepada anak-anak kita yang lebih arif tentan lagu-lau barat yang melalaikan daripada selawat dan zikir. Kita tentu berasa malu memikirkan anak kita yang tidak mengetahui sirah Rasulullah kerana kelalaian kita mengajar mereka.
Baginda tentu tetap tersenyum…

Barangkali kita lebih malu apabila anak-anak kita tidak mengetahui walau satupun nama ahli keluarga Rasulullah tetapi lebih menghafaz nama-nama artis, penyanyi, ahli-ahli sukan dan watak-watak kartun. Barangkali kita terpaksa menukar sebuah bilik mandi menjadi satu ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa anak gadis kita tidak mempunyai koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah.
Baginda tentu tetap tersenyum…

Belum lagi buku-buku kepunyaan kita dan anak-anak kita yang memaparkan gambar gadis yang mendedahkan tubuh jua auratnya untuk diratah oleh mata yang tidak takutkan azab Allah.
Belum lagi koleksi kaset-kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana harus kita singkirkan semua ini demi menghormati Nabi akhir zaman ini…?
 
 
Barangkali kita akan malu kepada baginda apabila baginda tahu bahawa kita tidak pernah pergi ke masjid meskipun azan akan tetap setia menyeru para mukmin untuk tunduk dan memperhambakan diri kepada Rabbul Alamin.
Baginda akan tetap tersenyum…

Barangkali kita akan malu kerana pada saat azan Maghrib berkumandang kita masih lagi sibuk dengan TV. Barangkali kita merasa malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh masa kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita akan merasa malu kerana keluarag kita tidak pernah mengerjakan solat sunat. Barangkali kita merasa malu kerana keluarga kita jarang sangat membaca Al-Quran.

Bayangkan Rasulullah tiba-tiba muncul di hadapan rumah kita..Apa yang kita akan lakukan..? Masihkan kita akan memeluk junjung kita dan mempersilakan baginda untuk masuk dan menginap rumah kita…?
Atau akhirnya kita dengan berat hati terpaksa menolak kunjungan Rasulullah ke rumah kita kerana hal itu akan membuatkan kita kalut dengan rasa malu….......

Maafkan kami wahai Rasulullah…
Masihkan baginda tersenyum…?
Senyuman pedih, senyuman pilu, senyuman getir….
Oh betapa malunya hidup kita ketika itu dihadapan mata Rasulullah…




Sumber: http://ubs-pmram.blogspot.com

Sabtu, 5 Mei 2012

Gotong Royong Surau At-Taufiq

Alhamdulillah… Selesai sudah kerja-kerja pembersihan surau sktbr1 Surau At-Taufiq setelah sekian lama projek ini dirancang. Kehadiran guru-guru agak memberansangkan. gotong royong yang dijalankan oleh panitia pendidikan islam serta j-qaf sktbr1 diadakan adalah untuk persiapan pertandingan surau dan bilik j-qaf. segala persiapan telah disiapkan dan masih dalam proses. pada hari ini gotong royong mengecat surau dan lain-lain kegiatan telah dilakukan oleh guru-guru agama dan beberapa orang elektif serta guru praktikal (unisel) telah bekerjasama bergotong royong membersihkan surau At-Taufiq. Dengan kehadiran Guru Besar,Gpk1 dan Gpk Petang menceriakan lagi suasana gotong royong..ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah datang pada hari ini mengeratkan lagi ukhuwwah fillah kita semua..semoga amalan yang kita lakukan menjadi ibadah untuk disana nanti...wassalam..







Khamis, 3 Mei 2012

Kelebihan Ilmu


"Sabda Nabi saw, ”Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim.” (HR Ibnu Majah)

Firman Allah, " Katakanlah! Adakah sama antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu? ". (az.Zumar : 9)

Firman Allah, "Diangkat oleh Allah orang-orang yang berilmu daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat (darjat)". (al-Mujaadalah : 11)

Sabda Rasulullah saw maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mudahkan padanya jalan ke syurga." (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w yang bersabda ( ertinya ) : “ Sesiapa sahaja yang melalui satu jalan demi menuntut ilmu , maka Allah nanti akan melalukan ( mempermudahkan laluan orang itu ) ke syurga . Dan sesungguhnya para malaikat rh sentiasa membuka sayap-sayap mereka kerana mengharapkan keredhaan ( Allah ) kepada para penuntut ilmu . Dan sesungguhnya orang ‘alim itu , sentiasa akan diminta ampun untuknya oleh setiap makhluk yang berada di langit dan di bumi , hinggakan ikan-ikan di dalam air . Dan sesungguhnya kelebihan orang ‘alim di atas seorang ‘abid ( orang yang suka beramal – ibadat ) adalah seumpama kelebihan ( kedudukan ) bulan di atas segala planet . Sesungguhnya para ulama’ itu adalah para pewaris Para Nabi ( a.s ) . ( Dan ) sesungguhnya Para Nabi ( a.s ) tidak pernah mewariskan ( meninggalkan ) sebarang dinar ( duit emas ) ataupun dirham ( duit perak ) melainkan mereka semua hanya meninggal ilmu semata-mata . Maka sesiapa sahaja yang mengambil warisan ( daripada Para Nabi a.s itu ) , maka sesungguhnya dia benar-benar telah mengambil keuntungan yang terlalu besar". (HR Al-Imam at-Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim (berilmu) atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (HR Tirmidzi) 



sumber : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/04/cari-ilmu.html