SYAABAN
Pendahuluan
Erti Syaaban
ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu
terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang
pasir.
Dan apabila
Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang.
Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam
hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW
bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu
sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah
dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu
berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul
Ulama).
Fadhilat
Syaaban
Bulan Syaaban
merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian
ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk
meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk
memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa
untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara
amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan
puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar
untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang
lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya
dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan
Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan
bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga
hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga
hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti
pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah
Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia
seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak
doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan
Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari
perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya
di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari
kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata:
Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban,
sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."