KATA - KATA HIKMAH

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).

Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).

Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.( Hamka ).

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).

Sabtu, 25 Februari 2012

Selamat Datang Kepada Guru-Guru j-QAF



Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 telah menerima enam orang guru dalam latihan j-QAF  sebagai ahli keluarga barunya untuk sesi persekolahan 2012. Keenam-enam orang guru itu telah mula ditempat di SKTBR1 untuk memulakan minggu orientasi sekolah (MOS) yang harus disiapkan oleh setiap guru yang telah ditugaskan dari maktab masing-masing. ucapan tahniah kepada mereka  semua kerana telah terpilih menjadi seorang pendidik, semoga dapat menempuhi dengan penuh tabah dan sabar dalam profeson perguruan..

Keenam-enam mereka itu ialah Nur Farahin binti muhamad yusuf (bahasa arab), Siti Noraini binti saharuddin (Pendidikan Islam), Uswatul Husna binti mat mopal (Pendidikan Islam), Nor Azliza binti azizan (Bahasa Arab), Siti Zaranizan binti rahmad (Pendidikan Khas), dan Noor Izawani binti abu bakar (Pendidikan Khas) i. Kehadiran mereka ini sudah pasti amat dialu-alukan oleh seluruh warga SKTBR1 dengan harapan mereka akan dapat memberikan sumbangan idea dan tenaga untuk kemajuan anak didik di Bukit Beruntung.

Semoga mereka dapat bertugas dengan penuh keikhlasan dan diharapkan mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja di SK Taman Bnuga Raya 1 secepat mungkin. Selamat bertugas di SK Taman Bunga Raya 1.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan