KATA - KATA HIKMAH

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).

Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).

Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.( Hamka ).

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).

Selasa, 3 April 2012

Kem Bestari Solat Tahun 1 Siri 1/2012


Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran betapa pentingnya solat maka pihak Japim telah memasukkan satu modul Bestari  Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF.
Maka, di atas inisiatif ini, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat. Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat. 
Secara khususnya, program  ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid Muslim Tahun Satu dapat mengambil wudhu’ dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi perbuatan, perkataan, tertib, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di samping itu, melalui program ini juga diharap dapat membentuk sahsiah diri serta akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan para peserta kem.

OBJEKTIF
Ø  Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta bacaannya dengan betul dan sempurna.
Ø  Menguasai bentuk bacaan dan perbuatan di dalam solat dengan betul, tertib dan sempurna.
Ø  Merapatkan Ukhuwwah Islamiyah di kalangan pelajar dan guru.

Merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia





Tiada ulasan:

Catat Ulasan