KATA - KATA HIKMAH

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).

Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).

Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.( Hamka ).

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).

Ahad, 12 Februari 2012

Majlis Pelancaran Blog Panitia Agama Islam SKTBR1

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi serta selawat kepada junjungan Rasulullah SAW dan para sahabat. terima kasih kepada semua guru-guru yang telah menjayakan Majlis Pelancaran Blog Panitia Agama Islam dan j-QAF pada pagi ini. semoga segala kebaikan amal yang dilakukan diberi ganjaran yang setimpal di dunia mahu pun diakhirat kelak. Dengan kerjasama guru-guru juga sudah pasti mengeratkan lagi tali ukhuwwah dalam menjalankan tugas yang diamanahkan ini. Jutaan terima kasih juga kepada Ketua Pemimpin untuk warga, anak-anak (murid) serta pendidik bagi SK Taman Bunga Raya 1 iaitu Puan Zalinah Binti Zubir kerana telah merasmikan pelancaran laman blog panitia agama islam dan j-QAF. Tanpa dorongan dari beliau sudah tentu semua ini tidak akan tercapai.

Bersempena pelancaran laman blog ini juga akan berjalan seiring minggu panitia agama Islam. minggu panitia agama Islam yang akan dijalankan adalah bertujuan bagi memantapkan ilmu pengetahuan dan kamhiran murid. selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada murid sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan majlis tilawah Al-Quran dan sebagainya.

Antara Objektif program ini adalah untuk :
  • Melahirkan modal insan berakhlak mulia dengan sahsiah yang cemerlang.
  • Menanam semangat serta menggalakkan murid-murid supaya gemar membaca Al-quran.
  • Melahirkan murid yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
  • Mendisiplinkan murid melalui aktiviti yang diaturkan.
  • Memberi ruang untuk para pelajar belajar lebih kreatif dan inovatif.

            Ucapan perasmian dan pelancaran blog panitia agama yang disempurnakan Pn Zalinah Bt Zubir
 pengacara majlis yang tidak asing lagi di sktbr1 iaitu Pn Fazlina Bt Kadri diiringi ucapan aluan oleh Penyelaras program Pn Rosidah Bt Mohd Ajib
 suasana guru dan murid waktu ucapan Guru Besar

 perasmian pelancaran blog panitia agama islam berjaya disempurnakan oleh Pn Zalinah

pada majlis tersebut diserikan juga persembahan nasyid sekolah yang diberi nama shoutul hidayah


Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir dan para guru yang terlibat dan memberi sokongan serta kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini yang dapat memberi impak yang positif kepada semua murid bagi sama-sama melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang didunia dan akhirat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan