Siapa Guru Dan Siapa CIKGU?
Siapa sahaja yang mencurahkan keringat bakti walau sebaris ayat memberi tunjuk ajar, dia layak digelar guru. Baik dia seorang guru di tadika, di sekolah, di sebuah akademi, di kolej, di pusat pengajian tinggi maupun di padang bola, di kolam renang, di litar lumba, di ladang kuda .... di mana sahaja; dia adalah GURU.
Ibubapa kita juga adalah guru kita, dialah guru pertama yang mengajar kita. Dialah yang mengalunkan azan dan iqamah ditelinga kita sejak lahir. Pandainya anak bertutur-kata, merangkak, belajar duduk dan berdiri, setiap kali jatuh dipimpin agar kita mampu bangun, mengajar kita berjalan sehingga mampu berlari; ibubapa kita yang membimbing, merangsang dan membantu kita dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Begitu umumnya watak seorang guru. Tapi yang kita maksudkan di sini ialah " Seorang Cikgu". Untuk mendapat gelaran cikgu seseorang itu mesti memiliki "tauliah" bagi mengiktiraf profesionnya sebagai "Cikgu" . Cikgu inilah yang kita hargai pada hari ini; 16 Mei pada setiap tahun. Setiap pelajar seharusnya menghargai cikgunya. Walau dengan sebaris ayat; ucaplah; "Terima Kasih Cikgu!!!".
Ingatlah, walaupun tiada cikgu meminta jasanya dibalas tapi cukup kalau anak didiknya menghargai dan mengingati ajarannya dan terus memberi penghormatan terhadapnya. Tanpa cikgu tanpa kejayaan. Ramai anak didik kepada seorang guru bila berjaya lupa menghargai guru dan cikgunya. Sewajarnya insan pertama yang kita hargai sebalik kejayaan itu ialah guru atau cikgunya.
Nabi Muhammad SAW Adalah Guru Buat Semua
Kepada umat manusia, ingatlah setiap nabi yang diutuskan oleh Allah adalah guru kepada umat masing-masing. Mereka mengajar manusia untuk mengenal Allah SWT sebagai pencipta sebenar bagi makhluk ini. Mereka mendidik umatnya supaya taat dengan penciptanya, menyampaikan setiap ajaran dan memdidik mereka menjadi manusia yang baik dan berguna. Dalam pada masa yang sama nabi-nabi mengajak umatnya menentang kebathilan, kezaliman dan segala bentuk syirik yang dinamakan sabagai "Taghut". Firman Allah SWT yang bermaksud; "Dan demi sesungguhnya Kami utuskan bagi setiap umat itu seorang rasul agar mereka mengajak manusia itu menyembah Allah dan menjauhkan Taghut". Tugas membawa baton ini diwariskan daripada seorang Rasul kepada seorang Rasul sehinggalah baton terakhir itu diserahkan kepada nabi Muhammmad SAW.
Rasul itu adalah seorang guru atau Mahaguru. Dan penghulu kepada semua Mahaguru itu ialah nabi Muhammad SAW. Dialah penghulu kepada semua nabi. Maka pada diri nabi Muhammad SAW banyak suri teladan yang terpuji. Sabda nabi SAW; "Bahawasanya aku ini diutuskan oleh Allah SWT sebagai seorang guru".
Ingatlah para guru masa kini; kita adalah penyambung mata rantai kepada tugas para rasul dan para nabi. Maka sifat terpuji yang ada pada rasul itu ialah akhlak terpuji. Mereka orang yang benar, orang yang amanah, orang yang menyampaikan setiap ajaran dan mereka adalah orang bijaksana dalam menjalankan tugasnya.
Adalah tidak wajar seorang guru itu hanya berniat untuk makan gaji dan mencari kedudukan duniawi semata-mata. Ramai guru tidak solat dan tidak mengutamakan perintah Allah SWT. Dalam pada masa yang sama sangat menjaga urusan keduniaan yang diamanahkan dibahu seorang guru. Sungguh tugas seorang guru itu melaksanakan P&P, urusan pengkeranian, aktiviti ko-kurikulum dan pelbagai tugasan lagi. Ingat cikgu, kita memegang amanah Allah SWT. Kerjaya cikgu bukan sekadar sebuah kerjaya tetapi sebagai "pewaris kepada kerja nabi".
Kepada semua guru, "TERIMA KASIH CIKGU". JasaMU tetap dikenang selagi hayatku dikandung badan. Dan kiranya Jasadmu guru telah hancur dikandung tanah; doa dan munajat kepada Allah SWT semoga sentiasa merahmati semua para guru. Al-Fatihah buat semua guruku yang telah menghadap Ilahi. Semoga Allah SWT meletakkan mereka bersama arwah para Aulia dan Solihiin. Amiiin , yarabbal 'aalamiin.