Betapa Malunya Kita Apabila….
Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah
kita. Baginda datang dengan penuh senyuman dan muka yang bersih di muka
pintu kita. Apakah yang akan kita lakukan?
Semestinya kita akan sangat berbahagia memeluk baginda erat-erat
lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita
tentu akan meminta dengan bersungguh-sungguh supaya baginda singgah
beberapa hari di rumah kita. Baginda tentu tetap tersenyum…
Namun mungkin kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di hadapan
pintu kerana kita teringatkan VCD rated XXX yang ada di ruang tamu dan
dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu VCD itu ke dalam.
Baginda tentu tetap tersenyum…
….Atau kita teringat lukisan wanita separuh bogel yang kita pasang di
ruang tamu kita sehingga kita terpaksa menyembunyikannya dengan
tergesa-gesa. Barangkali kita kelam-kabut memindahkan lafaz kalimah Allah
dan Muhammad yang berhabuk ke ruang tamu kita ganti kepada gambar
wanita separuh bogel yang telah kita susupkan.
Baginda tentu tetap tersenyum…
Bagaimana kalau Rasulullah bersetuju menginap di rumah kita?
Barangkali kita teringat kepada anak-anak kita yang lebih arif tentan
lagu-lau barat yang melalaikan daripada selawat dan zikir. Kita tentu
berasa malu memikirkan anak kita yang tidak mengetahui sirah Rasulullah
kerana kelalaian kita mengajar mereka.
Baginda tentu tetap tersenyum…
Barangkali kita lebih malu apabila anak-anak kita tidak mengetahui
walau satupun nama ahli keluarga Rasulullah tetapi lebih menghafaz
nama-nama artis, penyanyi, ahli-ahli sukan dan watak-watak kartun.
Barangkali kita terpaksa menukar sebuah bilik mandi menjadi satu ruang
solat. Barangkali kita teringat bahawa anak gadis kita tidak mempunyai
koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah.
Baginda tentu tetap tersenyum…
Belum lagi buku-buku kepunyaan kita dan anak-anak kita yang
memaparkan gambar gadis yang mendedahkan tubuh jua auratnya untuk
diratah oleh mata yang tidak takutkan azab Allah.
Belum lagi koleksi kaset-kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi
koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana harus kita singkirkan
semua ini demi menghormati Nabi akhir zaman ini…?
Barangkali kita akan malu kepada baginda apabila baginda tahu bahawa
kita tidak pernah pergi ke masjid meskipun azan akan tetap setia menyeru
para mukmin untuk tunduk dan memperhambakan diri kepada Rabbul Alamin.
Baginda akan tetap tersenyum…
Baginda akan tetap tersenyum…
Barangkali kita akan malu kerana pada saat azan Maghrib berkumandang
kita masih lagi sibuk dengan TV. Barangkali kita merasa malu
kerana kita menghabiskan hampir seluruh masa kita untuk mencari
kesenangan duniawi. Barangkali kita akan merasa malu kerana keluarag kita
tidak pernah mengerjakan solat sunat. Barangkali kita merasa malu
kerana keluarga kita jarang sangat membaca Al-Quran.
Bayangkan Rasulullah tiba-tiba muncul di hadapan rumah kita..Apa yang
kita akan lakukan..? Masihkan kita akan memeluk junjung kita dan
mempersilakan baginda untuk masuk dan menginap rumah kita…?
Atau akhirnya kita dengan berat hati terpaksa menolak kunjungan
Rasulullah ke rumah kita kerana hal itu akan membuatkan kita kalut
dengan rasa malu….......
Maafkan kami wahai Rasulullah…
Masihkan baginda tersenyum…?
Senyuman pedih, senyuman pilu, senyuman getir….
Masihkan baginda tersenyum…?
Senyuman pedih, senyuman pilu, senyuman getir….
Oh betapa malunya hidup kita ketika itu dihadapan mata Rasulullah…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan